Gempa bumi Turki–Syria 2023
Gempa bumi Turki–Syria 2023

Gempa bumi Turki–Syria 2023

Pada 6 Februari 2023, sebuah gempa bumi besar melanda bahagian tengah dan selatan Turki dan utara Syria. Ia merupakan antara gempa bumi terkuat yang pernah dicatatkan dalam sejarah Turki dan Syria. Gempa bumi berlaku 34 km (21 bt) di barat dari bandar Gaziantep pada 04:17 waktu Turki (01:17 UTC, 09:17 waktu Malaysia),[5] menyebabkan kemusnahan besar-besaran dan ramai mangsa terkorban di Turki Tenggara dan Syria Barat Laut. Dengan keamatan Mercalli maksimum XI (Melampau) dan magnitud tidak kurang daripada Mww 7.8, kejadian ini menyamai Gempa bumi Erzincan 1939 sebagai gempa bumi terkuat yang pernah tercatat secara radas yang pernah melanda Turki pada zaman moden, mungkin hanya di belakang gempa bumi Anatolia Utara 1668.[6][7] Ia juga merupakan gempa bumi yang menyebabkan kematian terbanyak di Turki semenjak gempa bumi İzmit 1999.[8]Gempa bumi ini diikuti oleh banyak gegaran susulan, termasuk gegaran kuat luar biasa dengan Mww 7.5 yang terjadi selepas gempa utama. Setakat 14 Februari 2023,[kemas kini] telah disahkan lebih 47,400 kematian: lebih 41,000 di Turki dan 6,400 di Syria.[9][10] Usaha menyelamat terjejas akibat ribut salji lebat yang melitupi runtuhan serta menyebabkan suhu jatuh mendadak.[11] Disebabkan suhu membeku di kawasan terbabit, sesiapa yang terselamat amat terdedah kepada hipotermia, lebih-lebih lagi yang tersepit dalam runtuhan.[12][13] Kemusnahan harta akibat gempa dianggarkan sebanyak AS$84.1 bilion,[14] menjadikannya kerugian gempa bumi keempat paling besar dalam catatan sejarah. Inilah bencana alam yang meragut paling banyak nyawa dalam sejarah Turki moden.[15]

Gempa bumi Turki–Syria 2023

Lereng Sesaran Anatolia Timur[3]
Petikan [4]
Jumlah kerosakan $84.1 bilion USD (anggaran)
Keamatan maksimum XI (Melampau)
Kedalaman 17.9 km (11 bt)
Gegaran susulan 2,109 (setakat 12 Februari)
200+ dengan Mw   4.0 ke atas
Terbesar: Mw  7.7 pada 13:24 waktu Turki (UTC+3), 6 Februari 2023
Koordinat Pertama:
Şehitkamil, Gaziantep
37°09′58″N 37°01′55″E / 37.166°N 37.032°E / 37.166; 37.032Koordinat: 37°09′58″N 37°01′55″E / 37.166°N 37.032°E / 37.166; 37.032
Kedua:
Ekinözü, Kahramanmaraş
38°04′54″N 37°10′38″E / 38.0818°N 37.1773°E / 38.0818; 37.1773
Tsunami 0.17 m (6.7 in)
Kawasan terjejas Turki dan Syria
Magnitud Mww 7.8 (USGS)[1]
Mw 7.7 (KOERI)[2]
Korban > 7004478400000000000♠47,840 maut, lebih 7005122500000000000♠122,500+ cedera
  • > 7004411500000000000♠41,150 maut, 7005108000000000000♠108,000+ cedera di Turki
  • > 7003668000000000000♠6,680 maut, 7004145000000000000♠14,500 cedera di Syria
Jenis Jurus-gelincir

Rujukan

WikiPedia: Gempa bumi Turki–Syria 2023 http://geoscope.ipgp.fr/index.php/en/catalog/earth... http://geoscope.ipgp.fr/index.php/en/catalog/earth... //pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/12750512 http://earthquake.usgs.gov/regional/world/historic... //doi.org/10.1002%2F2017JB013962 //doi.org/10.1029%2FGL003i010p00599 //doi.org/10.1126%2Fscience.1082703 //geohack.toolforge.org/geohack.php?pagename=Gempa... //geohack.toolforge.org/geohack.php?pagename=Gempa... //geohack.toolforge.org/geohack.php?pagename=Gempa...